PIBG

Kata Aluan Yang Dipertua PIBG 

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Hj. Ishak Bin Boon , Guru Besar Sk. Majidi Bahru dan Unit ICT (webmaster) Sk. Majidi Bahru berjaya membangunkan  portal rasmi laman web sekolah. Semoga ianya akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan  sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.Kini, arus teknologi maklumat telah menjadikan komputer dan internet  serasi dengan pelbagai urusan harian yang boleh dilakukan secara elektronik. Pemindahan maklumat secara elektronik dan globalisasi telah memberi kesan yang bukan sedikit kepada dunia pendidikan. Sehubungan ini, sekolah dan warga sekolah juga mesti berubah selaras dengan gelombang kemajuan.
Para pendidik harus bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya selaras dengan kehendak profesion. Para pendidik juga perlu gigih, kreatif dan inovatif serta mempunyai daya tahan bagi menghadapi cabaran dan ketidakpastian dalam dunia siber dan demi melahirkan anak didik yang cemerlang mengikut arus kemajuan pendidikan.
Oleh yang demikian, saya  berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di SKMB berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah.
Saya juga berharap semoga semua pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Mudah-mudahan dengan adanya laman web ini, warga sekolah, pelajar dan ibu bapa akan sentiasa mendapat maklumat yang terkini. Manfaatkanlah laman sesawang ini.  
Selamat maju jaya..
 
 
 
 
 
 

PERLEMBAGAAN P.I.B.G


PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH PERSATUAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KAEDAH A
Nama dan alamat

KAEDAH B
Maksud-maksud dan tujuan persatuan.
1. Maksud persatuan ialah :

  •  untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya, dan
  • Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah

  • untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
  • Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
  • Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

KAEDAH C
Tempat diadakan mesyuarat.

KAEDAH D
1. Keanggotaan
Tiap-tiap ibu bapa dan guru guru adalah diiktiraf sebagai ahli persatuan ini.
2. Jawatan Kuasa

2/8 PERLEMBAGAAN PIBG
1. Satu Jawatan Kuasa mengandungi pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat
agung tahunan :
a.Pengerusi
b.Timbalan Pengerusi
c.Setiausaha
d.Bendahari
e.Tujuh orang Ahli Jawatan Kuasa.
ii) Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua
anggota AJK boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
iii) Nama-nama kekosongan yang berlaku dalam Jawatan Kuasa hendaklah dipenuhi oleh
Jawatan Kuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga
Mesyuarat Agung Tahunan yang kan datang.
3. Tugas-tugas Jawatan Kuasa

  •  Tugas Jawatan Kuasa ialah mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.
  • Jawatan Kuasa hendaklah mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan 14 hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.
  • Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan

3 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

Kuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa pada
bila-bila masa.
4. Tugas Jawatan Kuasa PIBG

  • Pengerusi hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menanda tangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatannya
  • Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan kuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal mesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklah menyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan minit-minit yang berkenaan dengannya.
  • Bendahari adalah bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan  bertanggung jawab diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu haribulan Febuari* dan serahkan untuk di audit.

KAEDAH E
Pendapatan
Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayar
semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan,
dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.

KAEDAH F
Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan

4 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

1. Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengan
syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
persatuan.
2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus
Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah
bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama
persatuan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda
tangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi dan Setiausaha
4. Tahun kewangan persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember.
5. Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian
melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu
sebelum pesanan pembelian di keluarkan.

KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.
1. Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak
menjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalam
mesyuarat agung tahunan.
2. Penyata kira-kira yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.
3. Satu salinan penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agung
tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.

KAEDAH H
Koram
1. Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada 24 orang ahli
(Bilangannya mestilah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa)
2. Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli
Jawatan Kuasa.

5 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

KAEDAH I
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar
1. Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mei.
3. Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan :
- Apabila difikirkan perlu oleh Jawatan Kuasa.
- Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 24 orang ahli persatuan dan
mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan
permintaan tersebut.
- sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan
mesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuarat
agung tergempar.
- Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatan Kuasa dan Penyata
kira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan
menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan.
- Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud
mesyuarat itu diadakan.

KAEDAH J
Pindaan Perlembagaan Persatua
Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung tahunan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan
hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu
dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah, Negeri.

6 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

KAEDAH K
Harta dan Amanah
1. Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta alih yang mana pada pendapatnya dikira kan memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.
2. Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan dan mereka kan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta takalih kepunyaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.
3. Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau meukar harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.
4. Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan Kuasa oleh sebab uzur kerana penyakit tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam mesyuarat agung.
5. Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini, berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.

KAEDAH L
Larangan
1. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di sekolah
2. Persatuan tidak boleh menjadi instrumen bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang bersangkutan di antara persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau

7 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri
atau Persekutuan.

KAEDAH M
Taksiran
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkara
itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasa
mengenai perkara tersebut adalah muktamad.

KAEDAH N
Pembubaran
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar
Sekolah, Negeri. Segala harta alih atau takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan
kelulusan Pendaftar Sekolah, Negeri.
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment