SEJARAH

Sejarah Penubuhan


 Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru, Johor Bahru ditubuhkan pada 5 Januari 1969 terletak di suatu kawasan tanah lapang dengan kawasan penempatan penduduk setempat. Dua blok bangunan iaitu Blok A dan Blok B adalah bangunan asal sekolah ini, bangunan uni mempunyai 9 buah bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran dan sebuah bilik rehat. Sekolah ini disediakan juga dengan sebuah kantin dan satu padang permainan.
       Tn. Hj Hamidon b. Abd. Ghani merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Jumlah murid pada ketika itu ialah 611 orang dan diwujudkan dua sesi persekolah untuk menampung 18 buah kelas. Murid-murid ini terdiri dari kanak-kanak yang dikumpul semula dari beberapa buah sekolah berhampiran seperti SK Angkatan Tentera, SK Mohd. Khir Johari dan SK Kebun Teh.
        Pada tahun 1973, sebuah bangunan dua tingkat dengan 4 buah bilik darjah telah mula didirikan untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Blok C ini digunakan pada tahun 1974 dengan jumlah murid 1024 orang. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Allahyarham  memegang jawatan YAB Tun Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 1978, dengan usaha PIBG, wakil rakyat, Tuan Haji Hussin b. Naemat, derma-derma dari ibubapa dan guru-guru sekolah ini, maka sebuah surau terbina di mana kelengkapannya adalah sumbangan dan derma dari orang ramai.
         Pada tahun 1979, Bilik Rawatan Pergigian mula dibuka dengan perbelanjaan dari pihak sekolah dan peralatan disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Pada tahun 1983, sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Blok D yang terdiri dari 10 buah bilik darjah dan beberapa bilik khas. Pada penghujung tahun 1991, sebuah bangunan setingkat ( Blok E) didirikan untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Jumlah Murid telah meningkat kepada 1898 orang. Bilangan guru 85 orang dan sembilan orang kakitangan sokongan.
         Pada tahun 1994, sebuah bangunan 4 tingkat telah didirikan. Blok ini terdiri dari 13 buah bilik darjah, sebuah Kemahiran Hidup dan sebuah Bilik Pemulihan. Blok ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 1995. Pada tahun 2002 Blok E telah diruntuhkan dan telah diganti dengan bangunan empat tingkat. Beberapa bilik khas terdapat di bangunan ini.
          Surau Hajah Katijah telah dirasmikan pada 16 Oktober 2003 oleh Yang Berusaha En. Abdullah b. Abd. Hamid wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Johor. Pada hari yang sama juga Kelab Komputer Anjuran PIBG turut dirasmikan. Kelas Pra Sekolah mula diwujudkan di SK Majidi Bahru mulai sesi ini.


 PROFAIL  SEKOLAH
 
Nama sekolah                             : Sekolah Kebangsaan Majidi Bahru
Kod Sekolah                                 : JBA 1012
No. Pendafaran                           : J/1/SK/049
Lokasi                                            : Bandar
Gred                                               : A
Sesi Persekolahan                     : 1 Sesi ( Pagi )
Alamat Sekolah                          : Jalan Bunga Cempaka, Majidi Bahru, 81100 Johor Bahru, Johor.
No Telefon & Fax                        : 073334396 & 073345453           
Laman Web                                  : http://
Tarikh Sekolah Dibuka              : 20 Jun 1988
Keluasan                                       : 6.5 ekar
Guru Besar                                   : En. Azhar Bin Ahmad
Guru Penolong Kanan 1            :Pn. Leza bt Taib
Guru Penolong Kanan HEM      : En. Md Fadzil Bin Molah
Guru Penolong Kanan Koku     : En. Mohd Zarir Bin Ghazali

Guru KSSR                                    : 59 orang
Guru Luar Normal                       : 18 orang
Guru j-QAF                                   : 08 orang
Kakitangan Sokongan               : 10 orang
Pekerja Swasta                          : 05 orang 

Kemudahan Asas
  • 06 buah bangunan
  • 30 buah bilik darjah KBSR
  • 01 buah bilik Pemulihan Khas
  • 01 buah bilik Kelas Prasekolah
  • 01 buah bilik Pejabat Pentadbiran
  • 01 ruang bilik Guru-guru Penolong Kanan
  • 01 buah bilik guru
  • 01 buah bilik perpustakaan
  • 01 buah bilik PSV
  • 01 buah kantin
  • 01 buah bilik Bahan Bantu Mengajar
  • 02 buah Makmal Komputer
  • 01 buah bilik Tayangan
  • 01 buah bilik PPSMI
  • 01 buah bilik Bimbingan & Kaunseling
  • 02 buah bilik Kemahiran Hidup
  • 01 bilik Mesyuarat
  • 02 buah Makmal Sains
  • 02 buah bulikj-QAF
  • 01 bilik akses
  • 01 bilik Kesihatan



0 comments: